Mr & Mrs Renggos

Daisypath Anniversary tickers

Our First Khalifah

Lilypie Maternity tickers

Monday, July 16, 2012

Ini dinamakan Ujian

Semakin kita dekat dengan Allah, semakin Allah menguji kita, itu tandanya Allah sedar akan kewujudan kita. Alhamdulillah. Kali ni aku nak bercerita pasal ujian-ujian yang Allah berikan untuk menguji kesabaran aku dan keluarga.Mungkin bagi sesetengah orang apa yang menimpa aku terlalu kecil berbanding orang lain, tapi bagi aku, sedikit sebanyak air mata mengalir dan kekuatan hati tergugat.

Sebelum kenduri kawin hari tuh, dalam bulan 2 rumah aku dimasuki pencuri. Kejadian disyaki berlaku sebelum kami balik dari kerja. Kerugian dalam RM10000. 3 laptop hilang, sedikit wang tunai dan barang-barang kemas aku. Dah la sebelum tu dok pi kedai emas nk tukar brg yang lebig besar sket, mmg xde rezeki la, dah jadi habuan mat pet mat pet tuh. Yang paling kesian mama la. Aku trauma la sb aku yang nmpk dulu kejadian tu.huuuuuuu.

4 Hari lepas kahwin pulak suami terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah dia selamat, yang x selamatnya Baby Neyo aku. Terbakar punah total lost terus. Banyak kenangan dengan kereta tu. Kejadian berlaku di LDP waktu aku ada di kl dok berhoneymoon di rumah KL. Mmg waktu tu sentap, rasa nk marah suami mmg ada. Rasa nk blame suami tu sampai sekarang x luput. Dan yang paling sakit hati, until now isu insurans x setel2 lagi. Tiap-tiap bulan aku byr RM610 sampai aku dah decide aku xmo byr penuh. Biarlah bank nk antar RO pon. Keta tu dah declare total lost. huuuuuuu..skang ni dok berdoa semoga dipermudahkan la urusan insuran Baby Neyo tu, x sanggup dah nk tanggung hutang bodoh macam tu.

Bebaru ni plak adik bongsu kena peras ugut. Ada stranger tahan motor dia kat area pekan tu..siap kuarkan pisau and serbuk putih dipercayai dadah untuk suruh adik serahkan barang2 berharga dia,sebbek la diorang x cederakan adik.

Semalam pulak motor yang baru 4 bulan abah belikan untuk adik kena curi di Pusat Tuisyen dia. Terduduk both my parents.x tahu la ape lagi yang bakal terjadi lepas ni. Adik agak liar sedikit lately.Bergaul dengan org2 yang kami x kenal. Risau kalau2 ada yang berdendam or mmg dah mark adik. Sekarang ni mmg nasihatkan dia agar jangan la keluar selalu. Bukan ape, semua benda dia org dah amik and bebudak yang peras ugut dia penah ugut nak letak dadah kat dia. So itu la yang paling takut sekali, takut adik aku dianiaya.

Bila disorot kembali kejadian-kejadian yang berlaku, ada kegusaran dalam hati.Semoga ada hikmah disebalik semua kejadian ini.

No comments:

Post a Comment

Followers