Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu.Adakah pendengarannya kian kaburlantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan didalam TV, sementelah TV juga dipasang.Tapi, ahh bukanlah. TV sedangmenayangkan iklan Sunsilk, mustahilsudah ada siri baru iklan Sunsilk? Diamenghela nafas panjang. Dia memandangsekali imbas wajah Asraf Mukmin,kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siapdilipat di tepi, bangun lantas menujuke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan.Kemudian dia ke bilik Balqis,Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum diamasuk tidur. Dahulu, semasa puterinyakecil lagi, rutin itu dilakukan dengansuaminya. Kini, anak-anak kianberanjak remaja. Kemudian, diamenjenguk bilik putera bujangnya yangberdua, si kembar, Solehin danFarihin.Pengabisannya dia kembali kepadasuaminya. Asraf Mukmin hanya diam,membatu diri. Dia amat mengenaliisterinya. Jodoh yang diatur keluargahampir 16 tahun yang lepasmenghadiahkan dia sebuah keluarga yangbahagia, Aliyah adalah ikon isterisolehah. Namun, kehadiran Qistina,gadis genit yang menjawat jawatanpembantu tadbir kesetiausahaan dijabatannya benar-benar membuatkan dialemah."Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, akurasa kau mampu untuk beri makan 2keluarga," sokongan Hanif, temansepejabat menguatkan lagi hujahapabila dia berdepan dengan Aliyah." Abang Asraf, Qis tak kisah. Qissanggup bermadu jika itu yangditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi,selesai solat subuh, cepat-cepat diabersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak.Aduhai, penangan Qis gadis kelahiranBumi Kenyalang benar-benar menjerathatinya." Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nakberjumpa dengan wanita tu," Lembut dantenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yangpanas baran. Aliyah terlalu sempurna,baik tetapi ahh hatinya kini sedangmengilai wanita yang jauh lebih muda."Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja,boleh?" pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buahhatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, diayakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharus nyabersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya.Melayanglah periuk belanga. Ehhh, ituzaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,isteri-isteri lebih bijak. Teringatdia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah."Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau."Kak Aliyah yang minta," masih lembutdia memujuk Qis."Biar betul, apa dia nak buat denganQis?""Takutlah Qis, silap haribulan diabunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin."Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya. Mahuapakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertamamembuli isteri kedua. Heh, ini Qistinalah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat diMasjid Putra. Di masjid itu, hatinyabenar-benar terusik. Sekian lamanyadia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,saban malam dia akan bersama denganAliyah serta anak-anaknya, berjemaahdengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama.Membaca AlQuran secara bertaranum ituadalah kesukaannya. Namun, lenggokQistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinyabenar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cubamencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam KampungSeputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakahyang telah terjadi pada hari itu.Aliyah menunaikan tanggungjawabnyaseperti biasa. Tiada kurangnya layananAliyah. Mulutnya seolah-olah terkunciuntuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk kekantung inbox hensetnya."Qis minta maaf. Qis bukan pilihanterbaik utk Abg jadikan isteri. Qistidak sehebat kak Aliyah. Qis perlujadikan diri Qis sehebatnya utkbersama Abg,"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampulbesar.Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampulberwarna cokelat yang hampir saizdengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha PemurahLagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yangAliyah jalankan pada Qistina. Terimakasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaianAliyah.1. Dengan ukuran badan ala-ala model,dia memang mengalahkan Aliyah yangsudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa.Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab diakhirat sana , apatah lagi Abg nakmenggalas dosa org lain. Aliyahsayangkan Abg...2. Aliyah ada mengajak dia memasak.Memang pandai dia masak, apatah lagiwestern food. Tapi, Aliyah sayangkanAbg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abgsudah berubah. Tapi, Aliyah masihingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran westernfood, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anakkita semuanya ikut selera ayah mereka.Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriatAbg yang lahir, jadinya Aliyahharapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam danimamah yang beriman. Tapi, kalau diasendiri pun kelam kabut memakaitelekung... Aliyah sayangkan Abg...Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.Kalau diungkap satu persatu, Aliyahtak terdaya. Abg lebih memahaminya.Ini penilaian selama 1 hari, Abgmungkin dapat membuat penilaian yangjauh lebih baik memandangkan Abgmengenalinya lebih dari Aliyahmengenalinya.Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borangkeizinan berpoligami. Telah siapAliyah tandatangan. Juga sekepingtiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jikamunajat Abg di Masjid Putramengiayakan tindakan Abg ini, ambillahborang ini, isi dan pergilah kepadaQistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak.Menunggu Abg... Aliyah sayangkanAbg... Tetapi jika Abg merasakanQistina masih belum cukup hebat untukdijadikan isteri Abg, pergilah cariwanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyahadalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,roti canai.. air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd HazeryTangannya pantas membuka pintubiliknya. Di situ berdiri AliyahNajihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!
************MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..
No comments:
Post a Comment