Mr & Mrs Renggos

Daisypath Anniversary tickers

Our First Khalifah

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, January 15, 2013

Alhamdulillah..its a Girl

Salam Tahun Baru semua walaupun dah terlewat beberapa hari..actually dah lewat sangta pon. Almaklumlah keadaan diri x mengizinkan untuk mengupdate blog, baru hari ni terasa ada kelapangan dan kekuatan. To shared with everyone, Alhamdulillah, aku dah selamat lahirkan seorang bayi perempuan yang sihat pada 2 Disember 2012  pukul 10.26 pagi di Hospital Kulim. Bayi yang menjadi buah hati pengarang jantung aku dan Renggos dinamakan Adlyn Nazurah binti Mohammad Fikri seberat 2.8kg. Nama yang dipilh sendiri oleh abahnya ni mempunyai cerita yang panjang.

Macam entry sebelum ni, i agreed untuk melakukan pembedahan di Hospital Kulim setelah di'advise' oleh sang Pakar Sakit Puan, makanya on 2 Dis 2012, awal2 pagi kami suami isteri dah bangun, bukan nk ke hospital tp nak ke market sb sebelum berpantang aku teringin sangat nk makan Nasi Ayam abah aku, jadi kami kuar la pergi bl brg2 yang patut. Balik dari market masih dok bersenang lenang di rumah, kemas ape yang ptt sebab dah ckp lepas mkn nasi ayam baru nak p serah diri ke hospital.Lebih kurang pukul 11.45 pagi aku tgh mandi tetiba mama ketuk pintu bilik air ckp hospital dah call suh admit. Harusla terkejut dan mula rasa cuak. Ingatkan ley ikut masa sndri tp rupenya diorg tgh tunggu kat wad.

Lepas mandi, trus siap2. mama kat dapur pon dok sebuk siapkan meja untuk aku makan. Waktu ni keghairahan nak makan dah hilang, seriusly aku makan sket je dah x lalu. Perut dah sebu hati dah cuak nak admit. Makan lebih kurang trus gerak ke hospital dgn ditemani Renggos n mama.
Sampai je kad Wad 9 Antenatal, nurse2 dan doktor2 trus recognise aku sb aku sorg je patient yang x admit lagi hahaha..buat segala urusan pendaftaran (renggos yang buat semua) n aku di suruh salin ke pakaian hospital untuk pemeriksaan doktor n rujukan pakar bius.

hurm nanti la sambung lagi,,lenguh la dok lama2 ni..sejak kena bius arituh, daya tahan agak kurang laaaa

No comments:

Post a Comment

Followers