Mr & Mrs Renggos

Daisypath Anniversary tickers

Our First Khalifah

Lilypie Maternity tickers

Sunday, September 11, 2011

Ramadhan & Syawal 2011

Buffet Ramadhan Vistana..-sempoii
Reserve utk 6 org, tp adik and anis x sempat smpi


mama ngan azim je dpt snap pic





Alhamdulillah, Ramadhan baru 2 minggu berlalu, meninggalkan banyak kenangan manis dan Syawal tahun ini dismabut dgn penuh kemeriahan dan keserdahanaan. Ramadhan tahun lepas, kasih aku bertaut dgn En Renggos, di saat itu lah aku membuat keputusan untuk menerima dia dalam hidup aku. Tahun ni suasana nya sedikit berubah, aku menjalani ibadah puasa dengan status sebagai tunangan En Renggos. Walaupon x berkesempatan berbuka puasa bersama, tetapi ingatan itu yang penting. Oleh kerana En Renggos sibuk menjalani ibadah puasa dan tanggungjawabnya di Kuala Lumpur, dan aku juga sibuk bekerja maka yang istimewa pada tahun ini adalah peluang aku membawa family berbuka puasa di Hotel Vistana Pulau Pinang. Harga buffet yang ditawarkan amatlah berpatutan dan seleksi menu makanan sebanyak 120 jenis mmg membuka selera. Dengan RM44/nett , rasanya kami sekeluarga makan sampai sengkak. Aku paling suka sebab ada live stall, jadi sesetgh makanan tu disediakan based on demand..kira panas dari dapur la, bukan sekadar buffet je kan. Abah pon dapat la rasa daging panggang dia and pencuci mulut yang dihidangkan pon sedap, pendek kata puas hati la sangat. Sambil berbuka puasa, telinga ditemani oleh persembahan ghazal, berbuka pon tepi kolam gitew..kelassss ko jahhh hahaha...Apart from mknn yang best,there is other important thing nk di hilite kan..which is surau yang disediakan..memang luas and selesa..iAllah, tahun depan nak bawa mak and abah mertua sekali dtg berbuka di sini jugak.

Lepas habis bab berbuka, kita cerita plak ttg sambutan hari raya tahun ni..memang berlainan sekali dgn kehadiran org baru dalam keluarga which is my baby Thaqeef...sebab dia la mamayong xdak kasut raya. Camna nk ada, bajet suma habis dok bl baju raya kat dia..tp x kesah la, anak menakan sorg ni. Dia la yang paling sakan kumpul baju raya dan duit raya.Tahun ni aku x dapat pergi bersolat sunat Aidilfitri dek bendera Jopun sudah naik, tp kira ok la, tahun ni sehari ja berhutang puasa hehehe..best kan?kalu x ganti jugak x tau la.

Kalau tahun lepas aku pegi beraya rumah En Renggos sebagai kawan, tahun ni, raya pertama lagi aku dah ke sana ditemani adik aku. Perghh memang lain lew rasanya., kalau dulu duduk diam je kat ruang tamu, kali ni terus pergi ke dapur sekali bercampur dengan adik beradik dia yang ramai tu. Dah kata pergi raya pertama, mesti la semua sekali ada, so ni la kali pertama aku mix around dgn family dia. Alhamdulillah rasanya ada keserasian di situ. Kakak2 dan Abg2 ipar pon mcm okey ja.. ank sedara dia jangan cakap la, kalu sebelah aku ada sorg, sebelah dia?mmmm sampai x cukup sampul duit raya la kirenya..malu je.(hehe malu je kan). Cuma aku ralat sket sebab x dapat bergambar dgn En Renggos, dah la baju sedondon(ofkos la dah aku yang beli kainnye). Pape pon aku bersyukur dgn segala peluang yang diberikan.Happy sangat sebab hari raya tahun ni aku sambut dgn suasana yang cukup meriah.

Kepada semua readers, dikesempatan ini, walaupon Syawal dah masuk minggu ke-2, me ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf atas keterlanjuran bahasa, sesiapa yang namanye tersebut, hatinya tercuit dek coretan dlm blog ini harap la diampunkan. iAllah, akan cuba memperbaiki hasil tulisan selepas ini. Kepada kawan2 yang sempat datang ke rumah raya lepas, terima kasih banyak2 kerna telah menceriakan hari raya saya, To those yang x sempat saya pergi beraya tu, ampun la yek, cuti raya pon sampai raya ke-2 je, tambah plak partner in crime En Renggos pon tiada di sisi, agak segan utk beraya sorg skang ni(cewwaaahhh mengada kan). Tahun depan iAllah sy dan Renggos serbu rumah korunk semua..

Ni la Baby Thaqeef pakai bj melayu

huhu..Abg Ajam xdak,,thn dpn bertambah lagi ahli keluarga



No comments:

Post a Comment

Followers