Thursday, March 10, 2011
Kalau bertunangan
Dulu kalau orang kata banyak dugaan bertunang ni, aku tak berapa nak percaya. Tapi sekarang bila sendiri melalui alam darah manis ni baru la tau. Aku mungkin x merasa pahit manis bercinta sebab tempoh percintaan kami x lama mana..bertemu, berkawan dan bertunangan.Semua nye berlaku tanpa dirancang. Dalam masa lebih kurang 6 bulan lepas bertentang mata kami mengikat tali pertunangan maka sekarang la sekaligus rasa alam percintaan dan pertunangan.Makcik-makcik aku dulu selalu kata nanti waktu bertunang pon boleh bercinta,percayalah itu benar.
Bercinta setelah pasti bakal disatukan adalah sangat indah. Bergaduh setelah hampir pasti menjadi hak milik adalah satu perasaan yg sangat puas. Menjadi tunangan orang mengajar aku byk perkara.Aku melalui satu fasa perubahan yg begitu positif. Bukan paksaan tetapi secara automatis aku berusaha utk berubah menjadi yg lebih baik utk Renggos. Dalam bab sabar, Renggos sgt berbeza dr waktu berkawan dan mushi2 dl. Kini Renggos sgt2 la sabar melayan kerenah aku yg terlalu manja, terlebih sensitif dan sentiasa butuh perhatian. Kadang2 benda yg kecik tu boleh buat aku merajuk, marah,geram dan mengalirkan air mata. Tp kesabaran renggos melayan kerenah aku amat2 aku hargai, kalu ikutkan aku yg emosional ni..ntah la ape yg bakal terjadi.
Org jugak bercakap, bila kita berniat melakukan kebaikkan, tuhan bakal mudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.Alhamdulillah, setakat ini aku merasa lapang kehidupan aku dan murah rezeki kami. Semoga Allah sentiasa memberi yg terbaik utk kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment